Farisya's Story!!! ↓
Kawan ke lawan?

Saturday, May 25, 2019 @ 9:45 AM | 0 Comment [s]

The Personal Quotes #lovequotes #quotes #indie #hipster #grunge #aesthetic #words #lifequotes #lovequotes #teenquotes #thepersonalquotes #inspirationalquotes #blackandwhite
*WARNING : POST INI PENUH DENGAN KEMARAHAN*

Assalammualaikum semua kecuali kepada yang suka menyibuk hal orang lain :P 
Hai kome kome sekalian, kome pe kabo? Dah lama mike tak bercerita. Mana taknya, busy la semenjak jadi pelajar universiti ni. Alhamdulillah, after few months tak balik Selangor, dapat ku jejaki Selangor yang kucintai ini. Raya pun dekat Selangor. Taktau nak nangis ke nak happy hm. 

Sebab dah lama tak post, harini Farisya share la kisah hidup Farisya yang tak berapa menarik ni. Kalau terasa nak buat apa ya??? Hm boleh la bawa bertaubat. Eh! Lupa. Dia mana salah kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn *tangan dekat bahu mata ke atas* Takdelah, Farisya cuma nak pesan je hati hati bila berkawan sebab bila bila je kawan boleh tikam dari belakang ye even dulu kau rapat dengan dia macam kena gam gajah ke tidur sebantal. Kalau dah dia pilih untuk tikam dia mana fikir kawan. Tapi agak pelik juga la, bulan Ramadhan gini syaitan tak ada, so kalau seseorang tu buat perangai la kan, nak salahkan siapa ya???????????????????  

Ni nak pesan ni, bukan semua yang nak aku dapat. Cuba belajar kalau kita tak dapat sesuatu tu maknanya bukan rezeki kita. Rezeki kita kat tempat lain. Belajar bersyukur. Bila kita tak bersyukur tu yang muncul hasad dengki dalam diri tu. Moga dijauhkan la ya sifat tu dalam diri kita semua. Oh ya! muka baik tak semestinya takde perangai busuk ya. Maaf posting kali ini bukan untuk mengajak orang membenci tapi nak bagi orang berhati hati. Jangan terlalu percaya lagi lagi yang tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tak tau niat dia pada kita. 

Ni satu lagi masalah orang kita, bila dengar gossip je terus percaya alahai cuba kalau nak tau sangat la pasal kehidupan orang, cuba tanya dari kedua belah pihak, bila kau dengar sebelah pihak je, memangla pencerita tu je yang betul. Satu lagi, tak payah la kot sibuk hal orang. Banyak lagi kerja nak dibuat macam siapkan assignment ke apa ke. Siiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiibuk sangat hal orang, jangan nanti terkena dekat muka sendiri baru malu kot. Dan tak payahlah dekat belakang bukan main lagi kutuk aku lepastu dekat depan nak acah baik dengan aku. Aku rasa nak muntah weh. Lepas apa yang aku buat untuk kau, ni kau balas dekat aku. Sumpah tak sangka. Aku tak pernah ada kawan macam kau ni. Serious rasa jijik. Kawan sekolah aku tu memang takde nak tegur aku, tanya problem aku ke apa tapi takdelah tikam belakang macam kau. Dan......................bukan aku sorang je kena. Kawan-kawan lama pun kau buat macamtu. Apa aku nak cakap kat sini, tahniah anda dapat apa yang anda mahukan. Tapi semua tu takkan jatuhkan kami yang kau tikam belakang ni. Kami lagi happy mungkin tak ada orang toxic macam kau kot. Dan Alhamdulillah Allah tunjukkan perangai sebenar kau sekarang. Yang berkawan dengan dia tu hati-hati lah ya. Mungkin anda mangsa seterusnya :P

Oh ya lagi satu nak marah ni, kalau dah masuk universiti, bila buat report, ada format dia ya, bukannya hantar report takde table of content, takde cover page, takde logo universiti, font suka hati, lepastu lepas titik space la B****. Kalau kau buat individual assesment takpe la kau nak hantar sampah macamtu. Ingat aku kisah. Tapi ni group punya kerja dan kau satu group dengan aku. Benda simple pun takleh buat macam mana ni?? Lepastu kalau dah namanya groupwork, kerja la macam groupwork. Ni tak, sibuk dengan hal kau. Tak takut ke dapat markah elok tapi tak berkat???

Haaa itu saja. Sorry marah cikid cikid jerww. Gewwam sebabnya. Bulan Ramadhan ni diuji dengan hebat. Tapi semua ada hikmah kannnn. Korang kalau hilang kawan ke kawan menghilangkan diri ke jangan sedih. Allah nak bagi lagi baik la tu. Percaya Allah. Selamat berpuasa. Have a nice day :)

ASSALAMMUALAIKUM 
(masih golongan yang suka sibuk hal orang terkecuali)


2016 #2

Sunday, March 5, 2017 @ 9:45 AM | 0 Comment [s]


Assalammualaikum saudara saudari, pe khabaq? Harap khabaq baik je la noooo. 
Maaf lah takdak mood nak update blog tu yang lama menghilang tu. Takde la lama sangat. Hehe.
Kejap je kan dah bulan Mac dah. Haih. Result SPM lagi 10 hari wei. BOLEH TAK NAK KUNCIKAN DIRI DALAM BILIK. I'm so not ready for this. Kalau boleh, taknak tau result pun takpa. Haha. Actually, nowadays mood saya lebih kepada kdrama. Dan I sedang menonton Introverted Boss + W + Strong Woman Do Bong Soon pada masa yang sama. I'm a multitasker, guys. Nothing is impossible. Haha. Cuma sekarang tengan bosan sikit sebab tengah tunggu next episode Introverted Boss. Ni yang beci tengok kdrama yang ongoing ni. Nak tunggu dia seksa gila. Dan lumrah sebagai seorang penonton kdrama yang tidak memahami Hangul sepatah haram pun, kami terpaksa menunggu hari berikutnya untuk English subtitle. Sometimes, kalau tak reti nak sabar, hantam je tengok kdrama tanpa subtitle. Lantak. Bila dia gelak, kita gelak. Haha. Ok, W pun best juga la tapi taktau kenapa rasa macam Lee Jong Suk berlakon bosan dalam ni ke apa tah. (jangan kecam saya baru sampai episod 6) Can you see? betapa lifelessnya hidup seorang Farisya. Dan dan seminggu juga I tunggu poslaju datang untuk hantar barang yang I beli online tak sampai sampai. Hari jumaat haritu kan poslaju pun mai la. WEH GILA EXCITED AH SAMPAI LARI TAKK SEMPAT NAK BERNAFAS. Lepastu dia bagi parcel tu kan. Pelikla pasaipa kecil semacam. Rupanya tu barang mak I 😂 Disebabkan terlalu sedih, I decided to sleep. Sebabnya, ada kajian kata tidur boleh mengurangkan stress. Kajian disahkan oleh Prof. Farisya Aqilah. Haha gurau gurau. Jangan hampa dok sebarkan pula kajian mengarut ni. Macam biasa la introduction panjang berjela, diri sendiri pun malas nak baca. 

Ok, jom kita sambung cerita pasal 2016. 


Bergambar dengan orang cantik, terus nampak diriku seperti sebiji kentang. Ni masa hari seronok belajar rasanya. I jaga booth Mathematics and Addmaths (since I love Maths very much). And I jaga sudoku which is I have to ajak orang main sudoku plus perhatikan masa while diorang main sudoku plus bagi hadiah kalau diorang berjaya siapkan sudoku dalam masa berapa minit entah. Lupa hehe. SERIOUS PENAT. Ada yang kita ajak main tu dia give up dia bagi balik kertas sudoku tu LOL. Ada yang daripada mula kita buka booth sampai nak tutup dah baru dia siap. Ada yang tanya kita cemana nak main. Punya la habis sebaldi air liur ku curahkan. At the end, dia kata takpelah tak minat. Sabar jela Haha. Ada yang taknak lalu langsung dekat booth Mathematics ni HAHA. But yea, it was a great time and such a good experience. I hope sekolah buat macam ni lagi. But the problem is semua pelajar masuk serentak tau so memang bising gila. 


OK. I know this picture macam tak ok sikit but who cares. Haha. With Nazeera. Time ni champion. So we as a team kena present Sejarah based on topics yg cikgu bagi. Before that, we have to prepare the isi-isi la untuk present and how to jawab soalan KBAT. Actually, team kami ada lima orang but lagi tiga orang tidak menghadirkan diri so kami dengan dukacitanya present dua orang je Haha. But guess what? I was having fun because we could share our knowledges to our friends through this kind of presentation. And I think it's good to share our thoughts on something. Plus, kita juga boleh tingkatkan our confidence level. It's not that easy guys to stand infront while people looking at you macam nak makan bagai. Ya, and I hope that cikgu semua teruskan buat this method because its worked. 


Again. With Izzati sensei. Gitu. Ini trip to MSU. Ya its not that special because setiap tahun pergi MSU 😂😂 But anyways kiteorang dapat explore more about science (I'm not into science guys lol) Ofcourse bila ada trip, the best moment mesti dalam bas although tak buat apa apa LOL. But MSU bukan about science je, ada juga fashion, culinary and more. I think I dont want to tell ya about my experience masuk bilik ehem. Kbai. 

Yea its not over yet. But my otak dah tepu so I think thats it for now. Part 3 will be post soon (or later or takde LOL) Like I said, KALAU RAJIN akan ada la post seterusnya hukie. Talk to you later. Muah sikit. Euw. 

ASSALAMMUALAIKUM.




2016 #1

Saturday, February 25, 2017 @ 2:02 PM | 0 Comment [s]


Assalammualaikum saudara saudari. 
Moga sihat sejahtera ya. Ok, I actually nak tengok movie Surga Yang Tak Dirindukan, tapi at the same time nak update blog. Ha macam mana tu. Movie tu macam best je. And I tak tengok yg pertama lagi takkan nak tengok yang kedua kan kan kan. Hehe. Anyway, Qiela makan angin kat Korea so pesan kat dia suruh beli Laneige Two Tone Lip Bar. I'm excited, guys. Yes. I really am. And ya...that guy tak kacau I harini. Maybe dia macam sedar yang I dont like cara dia so yassssssssssss harini tenang sikit. Ok, seperti yg dijanjikan pada post yang lepas, I nak update my blog with something yg a bit different. Kot. So ya, harini I nak share pasal my 2016 memories. Serba sedikit la not all of it. Sebabnya, lebih banyak pahit dari manisnya 😂 But, before that, I nak pi tengok movie dulu. Sat lagi i sambung cerita ok ;) 

Ok ok I'm back. And I watched the movie and I want to watch the second one pula. (hello, nobody's gonna ajak u tengok sama sama) And yea I nangis. Sekali je ah. Adoi gangster mana boleh nangis. Hehe. Lepas tengok movie lapar gila wei. Pergi dapur takde makanan wei. Finally, mee sedap goreng la jawabnya + telur = happy tummy. That means my diet ruined. And yea tomorrow I'm going to my Maklong's house. Idk I have to be happy or unhappy right now. Because you know, bila your cousins semua dah besar, DIORANG HANYA PEDULIKAN PHONE MEREKA. This is why raya semakin tak seronok tau bila communication tu takdak. And everytime we met mesti diorang akan tanya the same question, "Kak Farisya, How old are you?" Cmon guys, umur I tak meningkat setiap minggu ok. But the good thing is, diorang ada la effort untuk memanjangkan conversation kiteorang. Lol. But guys, Idc. I pergi esok sebab nak main dengan anak buah and makan je YAS. 

Wow wow, panjangnya introduction saya, ni kalau karangan boleh dapat markah tinggi ni kahkah. Ok ok udah udah lah tu. Lets get to the point. 2016. Tahun yang mencabar. Tahun yang I have to sacrifice most of my happiness. Tahun yang banyak kepahitan keperitan dan tangisan. Tahun yang banyak I belajar erti kesabaran. And yang paling penting sekali, I have a lot of experiences yang I tak pernah buat seumur hidup. Lebih spesifik lagi. My first and my last time. I jatuh and I bangun balik. I have trust issues dimana I sampai tahap I dont want to trust anyone anymore. I dont want to give people another chance. And ada hamba Allah yang masih pedulikan I and buat I kuat balik, senyum like I used to. But then, bila kita mula sayang dia, tak bermakna dia akan stay. And yea, that's life. Ofcourse bila kita makin besar, kita rasa insecure dengan semua orang. Sampai satu tahap yg I rasa I tak cantik. Thats why these people leave me. And ofcouse stress pasal SPM juga. Bila you study really hard tapi tak lekat dalam otak juga. Maybe banyak tengok maksiat. And ada juga golongan yang pandang rendah dengan I bila dia lebih sikit. You know bila niat kita nak belajar but orang perkecikkan kita macam kita bodoh sangat tak belajar gitu. Cmon, kita sama sama nak berjaya, tolong jangan patahkan semangat saya. Idk, too much too handle. Dengan perangai manusia yang tak fikir orang lain. Allahu. But yea its 2017 right now. Everything happened ada sebab musababnya. So I redha :) 

Taknak la cerita sesedih ni kita cerita yg happy saja hehe.

Ok, the most hilarious moment ever in my life. I'm the president for Renjer Puteri. Lol what. Serious tak aktif langsung, tak pernah pergi kem, tak pernah masuk kawad. But, Alhamdulillah, ramai undi 😂 Ingatkan zaman sekarang kalau nak undi ketua ni kena yang cantik aje. Kahkah. Terima kasih supporters saya. Moga Allah merahmati anda semua :) And sebelah I, the one that wears tudung hitam is my friend, Izzati a.k.a vice president. We are perfect duo ever. But I'm sorry guys, even I;m the president, renjer puteri tetap bosan. Haha. Maybe sebab perempuan je kot. I dont know maybe siapa yang masuk persatuan ni terpaksa kot sebab persatuan lain penuh HAHA. Anyway, big thanks to the girls yang tolong siapkan this papan kenyataan even we lost. cc: Najihah, Puteri, Husna, Alin. I'm sorry kalau ada yg tak mention. 

This one pula my very first time pergi kem. Tapi dia tak macam ber-camping sangat sebab tidur dalam asrama gitu, tak tidur dalam khemah. And yea, the one with the big glasses tu ofcourse la I. Next to me, Mira, Raeihan and Anis. Two of them are my juniors. And diorang friendly and kelakar gila. Senang nak kawan dengan diorang eventhough umur tak sama. Kenal baru beberapa hari je dah boleh sembang pasal crush bagai. Hm apa ni. Tapi diorang jahat sebab diorang tidur. And I'm the one yang dengar semua cerita cikgu A sampai Z. Haha. But, demi Allah, it was fun. And I did the right decision untuk pergi. Dilemma weh sebab minggu depannya exam. Best gila jumpa ramai kawan baru, bercampur dengan Chinese and Indians. Sebabnya, sekolah ramai Melayu dan ada sikit je Indians. They are friendly gila. And sama sama masuk air. Masa first pergi tu gila bosan semua orang macam sombong je. Tak sangka boleh get along sehari je wei. Malam tu, main bola beracun sama sama. Bola beracun yang kami buat sendiri menggunakan bunch of newspapers dan salotapes. Lantak la. Asalkan bentuk dia sfera. Haha. And semua orang kat situ macam mula mula a bit rude to me tau. Bila tau that I'm 17 terus panggil kakak. Kahkah. Diorang kata nampak cam budak Form3 je. Hm, biasalah awet muda. Haha. Perasan je. Esok harinya, we have to do a persembahan tau. Kumpulan lain semua buat kpop la bagai. Kumpulan kami nyanyi nasyid wei. Kau ado ke wei. Tapi, serious sorang teammate I tu suara dia sedap gilos. Last-last kiteorang buat ucapan sorang demi sorang. And yea NANGIS session. Taktau kenapa rasa macam dah lama kenal. I hope to see you guys somewhere soon. InshaAllah. Because most of them tahun ni nak hadapi SPM, goodluck guys :) Tapi diorang ni walaupun junior tapi tetap hebat, Semua ada selimpang lepastu banyak gila badges. Maknanya diorang ni aktif la dalam persatuan ni. I malu gila I have nothing do. Esok harinya, hari pandu puteri sedunia. Memang ramai gila daripada seluruh Selangor datang bertanding untuk macam macam competitions. Mira, Raeihan, Anis and I masuk solar cooking competition. Kiteorang masak bread pudding. Solar cooking ni you tak boleh pakai dapur gas macam kat rumah tu, kena pakai khidmat Matahari. So, kiteorang pun dah siap siap masak semua, letak lah periuk dekat dapur solar. Tunggu jela dia masak dengan sendirinya. We are the first team yg masak dulu tau. Lepastu kami pun berfoya foya la pergi sana sini cari makanan bagai. Lepastu cikgu kata daripada kiteorang pi berfoya foya lebih baik masuk competition ni. Nama dia connect. Susah la nak explain game ni. Haha. But hello guys, I got third place haha. Okla kan dari takdapat apa. But for solar cooking competition kita kiteorang kalah teruk, ranking last kot tapi masalahnya judges makan sampai licin :') Cikgu tenangkan kiteorang and dia cakap rupanya judges tu salah seorang cikgu yg masuk pertandingan tu juga. Hm. But anyway, we had such a great memories ever. I mean first time kot I merasa hidup budak asrama. Nak pergi tandas ajak orang teman. Haha. Mandi sama sama. Em. But yang paling best sekali, ofcourse la makanan dia. Dah la sedap lepastu makan lima ke enam kali sehari wei. Selalunya orang pergi kem kurus kan, but I makin tembam (:


Okay ni masa kami bersaponifikasi dimana kami membuat sabun guna daun tau. Malangnya hasil yang kami buat baunya busuk. Finally, pembantu makmal buang, akibat khuatir pelajar lain tidak dapat menahan baunya lalu mati. Ceh takdelah, taktau kenapa dia buang. Misteriiiiiiii.


Ok la ok la sebab terlalu panjang I akan buat part 2 later. So............Assalammualaikum :) 




Another Random Post, Guys.

Friday, February 24, 2017 @ 10:11 AM | 0 Comment [s]

Hello. Assalammualaikum. Salam Sejahtera. Ok, its 1:24 a.m already. And I'm wide awake. Apa cer. 
Jk, sebenarnya hari hari tidur lewat hehe. I'm bored so I decided to update my blog. Sebabnya aku rasa...aku dah tengok vlog kat youtube sampai rasa nak muntah. Ok ni pun dikira one of my habits = I kalau suka something I akan ulang sampai muntah dan muak. And I'm sure that I'm not the only one hehe :p 

I'm totally done with myself, guys. I asyik nak online-shopping je when I dont even have money. What to do guys. I'm broke. I mean I'm totally broke. And bila you pokai la you kalau boleh you nak beli everything yang ada dalam dunia ni. WHY????? And lately, I'm so into make-up tau. I literally cried. Takde siapa nak belanja ke? :( I think I'm at the age yang dah mula nak melawa. But, bukannya melawa because of lelaki ok. Sorry sikit. 

Ok. Talk about 'lelaki'. Ada sorang mamat ni gila gila gila gila gila gila gila annoying. Tah la, dia macam buat something yang menjengkelkan diri ini. Ok, I have to admit that he is a caring person but he is an EXTREMELY caring person. And yang paling annoying nya adalah bila he did the same thing to other girls. Tak kisahlahkan lantak dia lah nak jadi playboy ke apa but dont mess up with me, boleh tak? Rimas kot. I dont know what I have to do right now. I need to talk to him what I felt about him but at the same time I dont want to hurt him. DILEMMA. But, he did not understand kalau I cakap elok elok. IDK GUYS IDK. I like to be his friend but not more than that la. And bila I cakap yg I dont like the way he treats me, mula la dia cakap yang he's not handsome and something like that. Sebabtu la I reject dia. Weh, kalau kau handsome macam charlie puth pun aku reject tau kalau perangai cenggitu. Mana tak rimas. Nak pergi tandas, nak makan, nak tidur, nak mandi ke apa ke kena inform dia dulu. WTH. I dont have idea that I'm the only one who doesnt like this kind of guy. But for sure, I DONT LIKE IT. Because sometimes I need my own space. I'm a person that doesnt tell anyone about my personal stuff even to my parents. I'm a person yang akan console myself. I think this is why I'm not ready for any relationship for now. I just hope that 'that guy' treats me as a friend. Because I'm not comfortable, dude. If you dont want to, u dipersilakan ciao. No hate :) 

P/s: I'm not saying that all men are the same. Ok. Thats not my point. And yes I'm a normal girl. Bukan lesbian mahupun songsangan lain. I'm straight. Kbye. 

Sorry la my posts semuanya marah marah belaka 😅 I think I have to learn untuk lebih bersabar dengan karenah manusia. But everytime bersabar dan muhasabah diri, ada je orang buat kita marah. Yes, ini ujian, guys. Thats why bila I marah, I need time to heal myself. Jangan kacau I kalau tak.......segala perkataan yg tidak mahu didengari akan anda dengari. Cuba la :p Idk la bila I marah kan I akan nangis, nangis, nangis sampai mata bengkak dan sepet. Lepastu orang akan tanya kenapa nangis bcs obvious sangat. Haha. Yes, maafkan orang tu senang tapi nak sembuhkan luka tu susah gila. But yea, at the end, you have to maafkan orang juga because we are not the only one yang sakit, guys. Ada orang lagi besar lagi ujian yg Allah bagi. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk berdepan dengan ujianNya dan menjadikan kita mukmin yang cemerlang :) 

Ok la I think dah panjang dah tu post kali ni. InshaAllah, next time I will update something yang lebih kepada throwback. KALAU RAJIN. And yeaa, talk to you later. Assalammualaikum. Byebye. 








HAA MAGHOH MAGHOH

Tuesday, February 21, 2017 @ 7:37 PM | 0 Comment [s]



Ok, Assalammualaikum semua. I think its not too late to say good morning right? :p Baru pukul 10:55 bro hehe. These days kering idea nak update blog plus mood tak betul. Anyway, Farisya baru je habis workout. Insaf balik 😂 Semoga istiqamah ye!!! Dah beberapa hari tak pegang phone sebab malas nak charge phone. The perks of being farisya = too lazy for everything.

Haa ni ada cerita. Hanya disebabkan saya seorang penganggur tidak bermakna saya tidak melakukan apa apa di rumah!!! Amboi, sedap je dia mengata orang. Kalau duduk dekat rumah dia expect kita goyang kaki aje. Banyak tau kerja dekat rumah. Contohnya, cuci pinggan, sidai kain, menyapu. Hampa laki tau apa?? Tau lepas makan letak je pinggan biaq mak basuh. Inilah budaya org Melayu yg beranggapan bahawa hanya kaum hawa sahaja yg perlu cuci pinggan. Halo. Hampa pandai makan pandai la basuh sendiri?? Lagi satu, kalau hampa datang rumah orang pastu tuan rumah kata "Takpe, tinggalkan je pinggan tu, nanti anak makcik basuh". Lepastu korang pergi tinggalkan je pinggan tu. Korang tak perasan anak makcik tu menyumpah je dalam hati. Cuci jela hampa yg makan kan. Apa salahnya kita meringankan beban orang lain :) 

Okla sambung sambung. Actually, lepas buat kerja rumah semua ni, terdetik dalam hati MOMS ARE SUPERB. I mean, diorang kena buat house chores at the same time kena jaga anak. Lagi-lagi mak yg berkerjaya. Sangat-sangat hebat. So...kita kena lah respect our mom. Diorang penat sebabtu lah diorang banyak membebel. Sometimes kan tertinggi suara dekat mak lepastu mesti rasa bersalah gila woi takleh tido woi. Nak minta maaaf pun malu apa la. And.. sekarang my mom dah nak capai umur 50 years old, my dad dah capai. Rasa macam risau. Ayah dah tak macam dulu. Dulu ayah susah gila nak demam. Sekarang ayah asyik batuk je. Mesti ayah stress dengan kerja. I hope that my parents diberi kesihatan yg baik. Amin. 

Motif nak marah tadi tetiba macam sayu sikit pula. Btw, korang yang takde kerja selain mengata orang lain. Stop la. Disebabkan kata kata buruk, rosak hari seseorang itu. Macam peribahasa disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Gitu. Harap Bahasa Melayu dapat A la haha. Takdela bukan apa tauu, kalau taktau apa apa baik diam. Kata-kata tu lebih tajam dari pisau tau. 

Sikit la nak buat preview pasal kdrama Cheese in the trap. Actually dah tengok lama tapi macam takde mood nak habiskan sebab semua dalam drama ni psycho gila. Sorang je normal, iaitu Baek In Ho, tapi dia ni cinta dia ditolak biasalah mana ada second lead dapat heroin kan. Sedih. Tapi cerita dia macam suasana dalam universiti yg menyeramkan tapi semua benda ni sebenarnya berlaku in real life. Yela. Kalau buat group project mesti ada sorang tu malas namampos, kerja nak senang je, pastu tumpang markah boek. Banyak cantik dia. And ada juga orang yg dekat ngan kita sebab dia nak kan something je. Kira macam ambil kesempatan la. Yang paling geram sekali, bila we cant say no. Kita macam tak sampai hati nak tolak permintaan dia, takut terasa hati ke apa. But yes, sometimes we have to say no to these kind of paracites. Lu pikir lu siapa *nyanyi lagu kalah dalam menang* Ramai yg tak puas hati dengan ending cite ni tapi ada dengar khabar la nanti ada cheese in the trap movie tapi tukar pelakon dia. Entahlah??? Yang penting i nak seo kang joon dan park hae jin ada. Cei.

Post kali ni cam merapu meroyan melalut dan sebagainya. Lantak pi la. Semoga ketemu lagi ya. Assalammualaikum :) 

DEATH NOTE : RESULT SPM KURANG DARI SEBULAN JE LAGI :') 








Seriously?

Friday, February 10, 2017 @ 12:59 AM | 0 Comment [s]

Assalammualaikum, Salam jumaat :) 
I decided to update my blog every day la so atleast ceq luahkan apa yg terbuku dalam hati. Euw. 
Seperti hari-hari semalam dan kelmarin, hari-hari ceq membuang masa tidak melakukan apa apa (selain drpd menyidai pakaian dan mencuci pinggan) Ceq  berasa iri hati terhadap mereka mereka yang melakukan aktiviti berfaedah sedangkan ceq hanya meng-update blog ceq. Member-member semua pi kerja la, online bisnes la, holiday satu dunia la, dan ceq hanya menetap di atas katil (atau lebih spesifiknya meniarap lol) bertemankan dengan beberapa bantal yg gebu dan selimut yang tebal. Kemungkinan besaq ceq akan dibuai mimpi ditambah pula dengan cuaca dingin. Gitu. 

Tahun lepaih iaitu 2016, ceq berazam untuk menurunkan berat badan ceq disebabkan beberapa perkara. Haa pasaipa pula dah?!? Sat Sat iklan sat okay, btw ceq dah tukar sikit rupa blog ni, ceq tambah sikit kecomelan blog ni tapi belum siap lagi. And! And!!!! Ceq letak lagu Beautiful by Crush, soundtrack untuk kdrama Goblin. DRAMA NI BEST GILA RUGI SIAPA TAK TENGOK KBAI. Ceq masih takleh move on dengan drama ni ceq rasa kalau dia buat season2 okay kot. Ok. Kembali ke pangkal jalan HAHA, tadi dok cerita pasai azam 2016 lepastu ter-sesat ke cerita lain pula. Hehe. 
Tak...sebenarnya tahun lepas ceq macam selalu susah nak benafas, semput-semput tapi doktor kata ceq takdak asma. Tu yg ceq ingat kalau ceq turunkan berat badan ceq dapat menjadi seorang insan yg lebih sihat sejahtera lagipun ceq muda lagi kena jaga kesihatan oi. Lepastu ceq nak kurangkan segala lemak berlebihan di pipi dan sebagainya. Sebabnya, cheekbones taktau katmana LOL dan double chin I boleh tukaq kepada triple chin kot. 

Tambahan pula, orang orang zaman sekarang menjadikan perempuan skinny dan putih sebagai life goals. Takpa la kan depa nak jadikan benda tu life goals depa. Ni yang tak puas hati ngan physical orang tu pasaipa? Kau dah kenapa???????? Bila muka flawless depa kata pakai make up 5 kilo. Bila muka ada jerawat depa kata dok gatai ngan jantan, jejaka dan Aiman Tino. LOL. Kalau orang gemuk depa cakap tak muat screen camera kalau tangkap gambaq. Kalau kurus pun salah gak, depa kata macam tiang, lidi dan chopstick. Lebih kurang ajaq sekali depa kata orang yg kurus ni senang ditiup angin. KONGAJAQ. Konon bila orang tanya pasangan ideal, depa kata depa tak padang rupa. TAPI INI APA SETANNNNN. Hm, marah betul ceq. Maafkan ceq xD Ada juga manusia yg memilih kawan, nak kawan dengan orang cantik ja dan memiliki atleast 1k followers Instagram *mata ke atas* Maka, disini ceq nak buktikan kat mereka mereka ini yg hanya pandang rupa semata mata yg ceq bakal cungkil mata depa plus masukkan cabai (chilli) dalam mulut mereka. 

Ok. ceq pun esoknya selepas SPM berakhir. Ceq pun download app macam personal trainer, hari-hari depa akan suruh kita workout. Mula-mula ok la. Sampai dia suruh buat squat kat dinding tu...........BAPAK SAKIT. Dalam hati mungkin ceq menyumpah dengan banyak kali. Astaghfirullahhalazim. Ceq teruskan juga sambil ingat kata kata orang yg men-downkan diri ceq. Tapi kan ceq nak berterima kasih gila dekat hampa yang kutuk ceq semua. Hampa buat ceq jadi lebih kuat dan yg paling bestnya ceq dapat pahala :p Ceq sampai hampir muntah la sebab tak pernah workout gitu. Lama kelamaan ceq makin bosan dengan apps tu LOL. Ceq cari inisiatif yang lain iaitu dance workout. Ala..hampa yg takdak masa nak pi zumba class or gym, buka je youtube semua ada. And..ceq suka gila dance workout sebab dia pasang lagu yg kita boleh nyanyi. Takdela rasa letih sangat. Tapi makin lama dan macam biasa penyakit malas ceq menyerang diri ceq. Dan ceq jarang sekali workout KAHKAHKAHKAH. Tapi kan cara yang paling berkesan sekali untuk diri ni, mestilah puasa. Sambil ganti puasa tu bolehla turunkan berat badan sekali. HEHE. Alhamdulillah, at the end of January, I lost 3 kilos :) Tapi, February tak timbang lagi :') Nak bagi tips sikit kalau nak berdisiplin untuk kurus. Haritu ada tengok video Soyou, one of Sistar's members. Dia kata jangan timbang berat hari hari. Nanti hampa rasa frust sebab hampa dah workout gila gila tapi tak turun turun berat badannya. Dont worry, Proses ni memerlukan kesabaran yg tinggi dan disiplin pun kena tinggi juga. Tak payah la makan supplement bagai nak kurus. Nanti kesihatan hampa terjejas lagi susah. Kesihatan kita tak boleh beli guys. Kesihatan tu nikmat Allah. guys.

Oklah, apa apapun ceq harap ceq rajin nak workout balik and turunkan beberapa kilo lagi. Amin. Panjang betoi post ini. Nasib la. Talk to you later. Assalammualaikum. Salam sore :* 

P/s: Apps yg ceq download tu setia gila hari hari suruh ceq workout. Akhirnya ceq uninstall, Tamat.



I AM BACK

Thursday, February 9, 2017 @ 5:18 AM | 0 Comment [s]


Assalammualaikum :) 
GILA AH DAH LAMA TAK UPDATE BLOG GILA AH BAPAK AH LOL 
Last update blog tahun 2013 kot :') Sekarang dah 2017 kot :') 

Takpa ah bukannya ada orang baca pun kahkah. 

Cerita dia begini...aku busy dgn sekolah maklumlah bukan pandai pun so kena belajaq rajin rajin xD 
Tapi takpa ceq dah habis sekolah habis spm ceq akan cuba rajinkan diri update blog.
Ceq rasa ceq nak update life story ceq kat sini la sebab ceq pun sedang patah hati hmmmm
Patah hati bukannya sebab jejaka ok nooooooooooo noooooooo oooo 

Ceq sebenarnya kadang kadang tak faham dgn diri ceq, ceq TERLALU EMO. 
Tula, ceq berazam 2017 ni ceq nak jadi lebih kuat, hati batu, susah nak percaya orang, tak makan janji palsu. InshaAllah :) Jadi jahat sikit takpa kot, ni jadi baik pun susah tau, orang pijak kepala cemtu je. Jadi jahat tu bukan lah maksudnya ceq nak bunuh orang, ceq cuma takmau jadi baik sangat sampai orang ingat kita ni macam easy gitu. Im not that easy ok. Depa senang senang ja gunakan kita, Last-last siapa yg sedih???? Siapa lagi kalau bukan ceq.

Bulan 3 ni result spm nak keluaq dah, harap huruf A yg memenuhi slip ceq. Amin Ya Rabb. 
Tula, ceq tak sangka ceq nak masuk fasa baru dah, fasa yg lebih mencabar iaitu fasa universiti.
Ceq ingat lagi ceq mula blogging ni masa umur 11 tahun, sekarang dah 18 :') Ceq tak kerja pun sambil tunggu result spm ni, ayah ceq kata duduk rumah jerw so ceq pun duduk rumah jelerw.
Ceq tak sabaq nak busykan diri kat universiti nanti ceq takpayah nak ingat manusia manusia yg bagai kacang lupakan kulit. Cei. 

Takpalah, apa pun ceq maafkan silap mereka semua kadang kadang orang tu tak perasan dia dah sakitkan hati kita. Cuma luka yg tertinggal tu gila lama nak hilang taktau laaaa.
Ceq pun dah buat keputusan untuk move on dan start a new life. 
P/s: Siapa yg nak stay, dia stay lah. Siapa yg nak berambus, ceq buka pintu besaq besaq buat hampa. Tapi.....jangan dokmai dah la :p

Sorry ah post kali ini cam emo sikit, tapi aku memang emo. Dan yang paling geramnya aku simpan apa yg aku rasa sorang sorang. Sakit dia......Allah je tau. Tapi sebenarnya benda benda macamni yg buat ceq dewasa dan lebih matang so untuk itu ceq kena bersyukur. Alhamdulillah :)

Ceq rindu gila sekolah walaupun spm susah lol >.< Hampa bayangkan la soalan spm 2016 dia tukaq tukaq format *menangis dlm hati* Tapi takleh cakap spm susah satgi dilabel bodoh kahkah. 
Adik adik yg bakal menghadapi SPM, hampa belajaq la betul betul. Tak payah la kisah dia ni lawa kening on fleek hidung mancung dahi takde jerawat. Hampa belajaq ja, ingat SPM sekali seumoq hidup. Nanti hampa dah kerja, hampa beli la makeup ke skincare yang mahal ha tengok nanti kening siapa yg on fleek. Takpala kalau single pun bukannya mempengaruhi hidup hampa sangat pun. 

Krik krik. Aku dah mula meroyan guys. Sampai disini sahaja post kali ni. Doakan ceq rajin update blog lagi LOL. Okla, apa apa pun, have a nice day. Jangan lupa senyum. Solat jangan lupa. Tiang agama *nyanyi lagu upin ipin* Okay bye bye, Assalammualaikum :) 





Welcome!


Hi, its me Farisya and my ordinary life story.
Navigations!


Diary About Fav

The Credits!


Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya

Best View at GOOGLE CHROME!