Farisya's Story!!! ↓
Seriously?

Friday, February 10, 2017 @ 12:59 AM | 0 Comment [s]

Assalammualaikum, Salam jumaat :) 
I decided to update my blog every day la so atleast ceq luahkan apa yg terbuku dalam hati. Euw. 
Seperti hari-hari semalam dan kelmarin, hari-hari ceq membuang masa tidak melakukan apa apa (selain drpd menyidai pakaian dan mencuci pinggan) Ceq  berasa iri hati terhadap mereka mereka yang melakukan aktiviti berfaedah sedangkan ceq hanya meng-update blog ceq. Member-member semua pi kerja la, online bisnes la, holiday satu dunia la, dan ceq hanya menetap di atas katil (atau lebih spesifiknya meniarap lol) bertemankan dengan beberapa bantal yg gebu dan selimut yang tebal. Kemungkinan besaq ceq akan dibuai mimpi ditambah pula dengan cuaca dingin. Gitu. 

Tahun lepaih iaitu 2016, ceq berazam untuk menurunkan berat badan ceq disebabkan beberapa perkara. Haa pasaipa pula dah?!? Sat Sat iklan sat okay, btw ceq dah tukar sikit rupa blog ni, ceq tambah sikit kecomelan blog ni tapi belum siap lagi. And! And!!!! Ceq letak lagu Beautiful by Crush, soundtrack untuk kdrama Goblin. DRAMA NI BEST GILA RUGI SIAPA TAK TENGOK KBAI. Ceq masih takleh move on dengan drama ni ceq rasa kalau dia buat season2 okay kot. Ok. Kembali ke pangkal jalan HAHA, tadi dok cerita pasai azam 2016 lepastu ter-sesat ke cerita lain pula. Hehe. 
Tak...sebenarnya tahun lepas ceq macam selalu susah nak benafas, semput-semput tapi doktor kata ceq takdak asma. Tu yg ceq ingat kalau ceq turunkan berat badan ceq dapat menjadi seorang insan yg lebih sihat sejahtera lagipun ceq muda lagi kena jaga kesihatan oi. Lepastu ceq nak kurangkan segala lemak berlebihan di pipi dan sebagainya. Sebabnya, cheekbones taktau katmana LOL dan double chin I boleh tukaq kepada triple chin kot. 

Tambahan pula, orang orang zaman sekarang menjadikan perempuan skinny dan putih sebagai life goals. Takpa la kan depa nak jadikan benda tu life goals depa. Ni yang tak puas hati ngan physical orang tu pasaipa? Kau dah kenapa???????? Bila muka flawless depa kata pakai make up 5 kilo. Bila muka ada jerawat depa kata dok gatai ngan jantan, jejaka dan Aiman Tino. LOL. Kalau orang gemuk depa cakap tak muat screen camera kalau tangkap gambaq. Kalau kurus pun salah gak, depa kata macam tiang, lidi dan chopstick. Lebih kurang ajaq sekali depa kata orang yg kurus ni senang ditiup angin. KONGAJAQ. Konon bila orang tanya pasangan ideal, depa kata depa tak padang rupa. TAPI INI APA SETANNNNN. Hm, marah betul ceq. Maafkan ceq xD Ada juga manusia yg memilih kawan, nak kawan dengan orang cantik ja dan memiliki atleast 1k followers Instagram *mata ke atas* Maka, disini ceq nak buktikan kat mereka mereka ini yg hanya pandang rupa semata mata yg ceq bakal cungkil mata depa plus masukkan cabai (chilli) dalam mulut mereka. 

Ok. ceq pun esoknya selepas SPM berakhir. Ceq pun download app macam personal trainer, hari-hari depa akan suruh kita workout. Mula-mula ok la. Sampai dia suruh buat squat kat dinding tu...........BAPAK SAKIT. Dalam hati mungkin ceq menyumpah dengan banyak kali. Astaghfirullahhalazim. Ceq teruskan juga sambil ingat kata kata orang yg men-downkan diri ceq. Tapi kan ceq nak berterima kasih gila dekat hampa yang kutuk ceq semua. Hampa buat ceq jadi lebih kuat dan yg paling bestnya ceq dapat pahala :p Ceq sampai hampir muntah la sebab tak pernah workout gitu. Lama kelamaan ceq makin bosan dengan apps tu LOL. Ceq cari inisiatif yang lain iaitu dance workout. Ala..hampa yg takdak masa nak pi zumba class or gym, buka je youtube semua ada. And..ceq suka gila dance workout sebab dia pasang lagu yg kita boleh nyanyi. Takdela rasa letih sangat. Tapi makin lama dan macam biasa penyakit malas ceq menyerang diri ceq. Dan ceq jarang sekali workout KAHKAHKAHKAH. Tapi kan cara yang paling berkesan sekali untuk diri ni, mestilah puasa. Sambil ganti puasa tu bolehla turunkan berat badan sekali. HEHE. Alhamdulillah, at the end of January, I lost 3 kilos :) Tapi, February tak timbang lagi :') Nak bagi tips sikit kalau nak berdisiplin untuk kurus. Haritu ada tengok video Soyou, one of Sistar's members. Dia kata jangan timbang berat hari hari. Nanti hampa rasa frust sebab hampa dah workout gila gila tapi tak turun turun berat badannya. Dont worry, Proses ni memerlukan kesabaran yg tinggi dan disiplin pun kena tinggi juga. Tak payah la makan supplement bagai nak kurus. Nanti kesihatan hampa terjejas lagi susah. Kesihatan kita tak boleh beli guys. Kesihatan tu nikmat Allah. guys.

Oklah, apa apapun ceq harap ceq rajin nak workout balik and turunkan beberapa kilo lagi. Amin. Panjang betoi post ini. Nasib la. Talk to you later. Assalammualaikum. Salam sore :* 

P/s: Apps yg ceq download tu setia gila hari hari suruh ceq workout. Akhirnya ceq uninstall, Tamat.




Older Post | Newer Post
Welcome!


Hi, its me Farisya and my ordinary life story.
Navigations!


Diary About Fav

The Credits!


Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya

Best View at GOOGLE CHROME!