Farisya's Story!!! ↓
I AM BACK

Thursday, February 9, 2017 @ 5:18 AM | 0 Comment [s]


Assalammualaikum :) 
GILA AH DAH LAMA TAK UPDATE BLOG GILA AH BAPAK AH LOL 
Last update blog tahun 2013 kot :') Sekarang dah 2017 kot :') 

Takpa ah bukannya ada orang baca pun kahkah. 

Cerita dia begini...aku busy dgn sekolah maklumlah bukan pandai pun so kena belajaq rajin rajin xD 
Tapi takpa ceq dah habis sekolah habis spm ceq akan cuba rajinkan diri update blog.
Ceq rasa ceq nak update life story ceq kat sini la sebab ceq pun sedang patah hati hmmmm
Patah hati bukannya sebab jejaka ok nooooooooooo noooooooo oooo 

Ceq sebenarnya kadang kadang tak faham dgn diri ceq, ceq TERLALU EMO. 
Tula, ceq berazam 2017 ni ceq nak jadi lebih kuat, hati batu, susah nak percaya orang, tak makan janji palsu. InshaAllah :) Jadi jahat sikit takpa kot, ni jadi baik pun susah tau, orang pijak kepala cemtu je. Jadi jahat tu bukan lah maksudnya ceq nak bunuh orang, ceq cuma takmau jadi baik sangat sampai orang ingat kita ni macam easy gitu. Im not that easy ok. Depa senang senang ja gunakan kita, Last-last siapa yg sedih???? Siapa lagi kalau bukan ceq.

Bulan 3 ni result spm nak keluaq dah, harap huruf A yg memenuhi slip ceq. Amin Ya Rabb. 
Tula, ceq tak sangka ceq nak masuk fasa baru dah, fasa yg lebih mencabar iaitu fasa universiti.
Ceq ingat lagi ceq mula blogging ni masa umur 11 tahun, sekarang dah 18 :') Ceq tak kerja pun sambil tunggu result spm ni, ayah ceq kata duduk rumah jerw so ceq pun duduk rumah jelerw.
Ceq tak sabaq nak busykan diri kat universiti nanti ceq takpayah nak ingat manusia manusia yg bagai kacang lupakan kulit. Cei. 

Takpalah, apa pun ceq maafkan silap mereka semua kadang kadang orang tu tak perasan dia dah sakitkan hati kita. Cuma luka yg tertinggal tu gila lama nak hilang taktau laaaa.
Ceq pun dah buat keputusan untuk move on dan start a new life. 
P/s: Siapa yg nak stay, dia stay lah. Siapa yg nak berambus, ceq buka pintu besaq besaq buat hampa. Tapi.....jangan dokmai dah la :p

Sorry ah post kali ini cam emo sikit, tapi aku memang emo. Dan yang paling geramnya aku simpan apa yg aku rasa sorang sorang. Sakit dia......Allah je tau. Tapi sebenarnya benda benda macamni yg buat ceq dewasa dan lebih matang so untuk itu ceq kena bersyukur. Alhamdulillah :)

Ceq rindu gila sekolah walaupun spm susah lol >.< Hampa bayangkan la soalan spm 2016 dia tukaq tukaq format *menangis dlm hati* Tapi takleh cakap spm susah satgi dilabel bodoh kahkah. 
Adik adik yg bakal menghadapi SPM, hampa belajaq la betul betul. Tak payah la kisah dia ni lawa kening on fleek hidung mancung dahi takde jerawat. Hampa belajaq ja, ingat SPM sekali seumoq hidup. Nanti hampa dah kerja, hampa beli la makeup ke skincare yang mahal ha tengok nanti kening siapa yg on fleek. Takpala kalau single pun bukannya mempengaruhi hidup hampa sangat pun. 

Krik krik. Aku dah mula meroyan guys. Sampai disini sahaja post kali ni. Doakan ceq rajin update blog lagi LOL. Okla, apa apa pun, have a nice day. Jangan lupa senyum. Solat jangan lupa. Tiang agama *nyanyi lagu upin ipin* Okay bye bye, Assalammualaikum :) 





| Newer Post
Welcome!


Hi, its me Farisya and my ordinary life story.
Navigations!


Diary About Fav

The Credits!


Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya

Best View at GOOGLE CHROME!