Farisya's Story!!! ↓
Kawan ke lawan?

Saturday, May 25, 2019 @ 9:45 AM | 0 Comment [s]

The Personal Quotes #lovequotes #quotes #indie #hipster #grunge #aesthetic #words #lifequotes #lovequotes #teenquotes #thepersonalquotes #inspirationalquotes #blackandwhite
*WARNING : POST INI PENUH DENGAN KEMARAHAN*

Assalammualaikum semua kecuali kepada yang suka menyibuk hal orang lain :P 
Hai kome kome sekalian, kome pe kabo? Dah lama mike tak bercerita. Mana taknya, busy la semenjak jadi pelajar universiti ni. Alhamdulillah, after few months tak balik Selangor, dapat ku jejaki Selangor yang kucintai ini. Raya pun dekat Selangor. Taktau nak nangis ke nak happy hm. 

Sebab dah lama tak post, harini Farisya share la kisah hidup Farisya yang tak berapa menarik ni. Kalau terasa nak buat apa ya??? Hm boleh la bawa bertaubat. Eh! Lupa. Dia mana salah kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn *tangan dekat bahu mata ke atas* Takdelah, Farisya cuma nak pesan je hati hati bila berkawan sebab bila bila je kawan boleh tikam dari belakang ye even dulu kau rapat dengan dia macam kena gam gajah ke tidur sebantal. Kalau dah dia pilih untuk tikam dia mana fikir kawan. Tapi agak pelik juga la, bulan Ramadhan gini syaitan tak ada, so kalau seseorang tu buat perangai la kan, nak salahkan siapa ya???????????????????  

Ni nak pesan ni, bukan semua yang nak aku dapat. Cuba belajar kalau kita tak dapat sesuatu tu maknanya bukan rezeki kita. Rezeki kita kat tempat lain. Belajar bersyukur. Bila kita tak bersyukur tu yang muncul hasad dengki dalam diri tu. Moga dijauhkan la ya sifat tu dalam diri kita semua. Oh ya! muka baik tak semestinya takde perangai busuk ya. Maaf posting kali ini bukan untuk mengajak orang membenci tapi nak bagi orang berhati hati. Jangan terlalu percaya lagi lagi yang tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tak tau niat dia pada kita. 

Ni satu lagi masalah orang kita, bila dengar gossip je terus percaya alahai cuba kalau nak tau sangat la pasal kehidupan orang, cuba tanya dari kedua belah pihak, bila kau dengar sebelah pihak je, memangla pencerita tu je yang betul. Satu lagi, tak payah la kot sibuk hal orang. Banyak lagi kerja nak dibuat macam siapkan assignment ke apa ke. Siiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiibuk sangat hal orang, jangan nanti terkena dekat muka sendiri baru malu kot. Dan tak payahlah dekat belakang bukan main lagi kutuk aku lepastu dekat depan nak acah baik dengan aku. Aku rasa nak muntah weh. Lepas apa yang aku buat untuk kau, ni kau balas dekat aku. Sumpah tak sangka. Aku tak pernah ada kawan macam kau ni. Serious rasa jijik. Kawan sekolah aku tu memang takde nak tegur aku, tanya problem aku ke apa tapi takdelah tikam belakang macam kau. Dan......................bukan aku sorang je kena. Kawan-kawan lama pun kau buat macamtu. Apa aku nak cakap kat sini, tahniah anda dapat apa yang anda mahukan. Tapi semua tu takkan jatuhkan kami yang kau tikam belakang ni. Kami lagi happy mungkin tak ada orang toxic macam kau kot. Dan Alhamdulillah Allah tunjukkan perangai sebenar kau sekarang. Yang berkawan dengan dia tu hati-hati lah ya. Mungkin anda mangsa seterusnya :P

Oh ya lagi satu nak marah ni, kalau dah masuk universiti, bila buat report, ada format dia ya, bukannya hantar report takde table of content, takde cover page, takde logo universiti, font suka hati, lepastu lepas titik space la B****. Kalau kau buat individual assesment takpe la kau nak hantar sampah macamtu. Ingat aku kisah. Tapi ni group punya kerja dan kau satu group dengan aku. Benda simple pun takleh buat macam mana ni?? Lepastu kalau dah namanya groupwork, kerja la macam groupwork. Ni tak, sibuk dengan hal kau. Tak takut ke dapat markah elok tapi tak berkat???

Haaa itu saja. Sorry marah cikid cikid jerww. Gewwam sebabnya. Bulan Ramadhan ni diuji dengan hebat. Tapi semua ada hikmah kannnn. Korang kalau hilang kawan ke kawan menghilangkan diri ke jangan sedih. Allah nak bagi lagi baik la tu. Percaya Allah. Selamat berpuasa. Have a nice day :)

ASSALAMMUALAIKUM 
(masih golongan yang suka sibuk hal orang terkecuali)



Older Post
Welcome!


Hi, its me Farisya and my ordinary life story.
Navigations!


Diary About Fav

The Credits!


Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Farisya

Best View at GOOGLE CHROME!